KOTA BHARU, 15 Ogos: Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada mata wang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno, biarpun mereka tahu wang kertas tidak ada nilainya.
Malah wang kertas yang dipelopori sistem kapitalis terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.
Namun mengapa pemimpin Umno begitu gelisah dengan kemunculan kembali mata wang syariah. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa tidak berputik di jiwa mereka untuk mengagungkan kembali ketamadun Islam.
Bekas Pensyarah Kanan UIAM, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, sepatutnya umat Islam perlu menyokong membebaskan diri mereka daripada belenggu riba.
”Lemahnya umat Islam kerana ekonomi mereka diperintah oleh kuasa besar yang mempertahankan sistem kapitalis.
”Usaha Kelantan menghidupkan kembali mata wang syariah dengan memperkenalkan dinar dan dirham merupakan perjuangan umat Islam sejagat, namun hanya di Kelantan sahaja sanggup melaksanakannya,” katanya di sini.
Sumber: HarakahDaily, 16/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan