Bersatu Atau Pupus -Ustaz Nizar
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Umat Islam dan orang Melayu perlu bersatu untuk menjadi satu bangsa yang kuat, bukan sahaja dapat memperkukuh agama dan bangsa tetapi dapat membantu membangunkan negara tanpa mengetepikan bangsa lain di negara ini.
Sebaliknya, jika tidak bersatu secepat mungkin Melayu dan Bumiputera bagaikan menuju kepupusan dibiarkan tercicir, disingkir sedikit demi sedikit sehingga Islam dipandang mundur dan rendah martabatnya. Melayu yang bersatu dan kuat pula menjadi harapan untuk semua kaum menikmati keamanan dan kemajuan.
Ahli Parlimen Parit, Ustaz Mohamad Nizar Zakaria berkata, perbezaan pendapat dan fahaman berpolitik boleh wujud, tetapi tidak harus dijadikan halangan dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
“Kalau kita nak melihat umat Islam dan orang Melayu menjadi kuat, tiada jalan lain, hanya penyatuan dan perpaduan sahaja yang dapat dilakukan.
“Perpaduan itu dikekalkan untuk mengajak sesiapa sahaja, rasionalnya demi agama dan bangsa, perbezaan pendapat boleh saja tetapi tidak jadi satu halangan besar untuk wujudkan perpaduan kerana cabaran kita cukup banyak supaya kita tidak menjadi seperti apa yang berlaku di Gaza sekarang,” katanya.
Sumber: UMNO Online, 16/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan