PILIHANKU

TAJAAN

01 Ogos 2010

DUA A DALAM FAM...?

Visi bersama - Timbalan Presiden

TENGKU Abdullah bersalaman dengan Annuar Musa selepas kedua-duanya memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM pada pemilihan kongres Tahunan FAM ke-47 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Ada satu perkara menarik melihat kepada gandingan baru Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, selain mempunyai persamaan pada pangkal abjad huruf A di permulaan nama, kedua-dua mereka kelihatan senada dalam memberikan pandangan.
Ini kerana ketika ditanya oleh wartawan apakah visi Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa dalam jawatankuasa FAM penggal 2010-2014, mereka berdua secara jelas mahu mengutamakan semangat kerja berpasukan.
Malah, Tengku Abdullah berkata tidak adil jika hanya beliau menyampaikan visinya sendiri tanpa mengambil kira pandangan ahli jawatankuasa yang lain.
''Dalam barisan kepimpinan FAM kali ini, masing-masing cukup arif dalam sukan bola sepak dan mereka ada matlamat tersendiri.
''Selepas berbincang dengan ayahanda, Sultan Ahmad Shah dan barisan kepimpinan baru. barulah boleh nyatakan apa visi bersama kami dalam membangunkan sukan bola sepak di negara ini,'' kata baginda pada sidang media selepas pengumuman keputusan pemilihan Kongres FAM kali ke-47, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan