Mahu bertudung hingga akhir hayat
SEIRING anjakan usia dan pantas waktu berlari, finalis Akademi Fantasia (AF) musim yang kedua, Farah kini sudah berubah.
Tiada kelihatan lagi rambut lurusnya yang panjang mengurai melepasi bahu. Malah, tidak perlu juga alunan ombak-ombak pada mahkota wanita ini untuk didandan oleh jurusolek.
Ini kerana sejak 11 Julai lalu, Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar memilih untuk bertudung. Penampilan imej barunya itu membuatkan raut wajahnya lebih cantik di sebalik senyumannya yang manis.
Di mata saya, dia semakin dewasa. Bertudung sama sekali tidak pernah mengubah apa yang ada dalam diri Farah selama ini. Ketawa besarnya kekal macam dulu.
Seperti mana kita melihat tawa dan jenakanya dalam akademi dulu, itulah perwatakan wanita yang seorang ini.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/8/2010
Komen penulis: Semoga menjadi teladan kepada artis wanita yang lebih berumur dan glamour daripadanya...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan