Lagi mayat bayi perempuan dijumpai
15/08/2010 6:52pm
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dipetik melalui status pada laman sosial Facebook berkata, mayat bayi perempuan itu dibungkus dengan tuala dan sehelai kain serta diletakkan di dalam beg berwarna hitam.
“Masih ada tali pusat dan kesan najis bayi tersebut. Keadaan mayat masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ. Kita tidak pasti sama ada bayi itu ditinggalkan ketika masih hidup atau sebaliknya,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan