PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2010

ISRAEL BELANJA RM12.7 BILION BELI JET F-35...?

Israel beli 20 jet RM12.7 bilion



BAITULMUQADDIS - Kementerian Pertahanan Israel meluluskan pembelian 20 buah jet pejuang terbaru F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$4 bilion (RM12.7 bilion).
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak dalam satu kenyataan semalam berkata, kelulusan pembelian tersebut turut meliputi alat-alat ganti dan khidmat jaminan dibiayai menerusi dana bantuan tentera AS kepada rejim Israel.
Pesawat yang dikeluarkan firma AS, Lockhead Martin itu turut dikenali sebagai jet pejuang pelbagai fungsi selain tidak mampu dikesan oleh sistem radar musuh yang disifatkan sebagai persediaan untuk menghadapi serangan nuklear Iran.
Sumber: Kosmo! Online, 16/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan