PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2010

ISTERI DAN 3 ANAK MAUT SERENTAK DI JELEBU...?

Pusingan U ragut empat nyawa


PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.

JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga orang anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga orang anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.
Suami Hazilawati, Khairul Affendy Shabudin, 33, yang memandu kereta Proton Wira dan seorang lagi anak pasangan itu, Khairul Aziq, 1, yang juga kembar kepada Khairul Aiqal cedera parah. Punca Khairul Affendy buat pusingan U tidak diketahui.
Sumber: Kosmo! Online, 17/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan