Lelaki disyaki simbah isteri, anak dengan asid ditahan
16/08/2010 5:44pm
KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Lelaki yang dipercayai menyimbah isteri, anak serta ibu mentuanya dengan asid ditahan hari ini ketika sedang bersembunyi di dalam semak di Kuala Por Pasir Nering, Hulu Terengganu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supt. K. Manoharan berkata, penahanan itu dibuat hasil maklumat orang awam mengenai lelaki yang diburu itu bersembunyi di kawasan berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi ini.
"Kira-kira tengah hari, polis melihat lelaki terbabit keluar dari tempat persembunyiannya dengan menaiki motosikal dan dia terus memecut motosikalnya sebaik ternampak polis.
"Lelaki itu dapat ditangkap beberapa meter dari situ,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Manoharan berkata polis menemukan sebatang jarum suntikan dadah dan sebilah pisau pemotong sayur dalam poket baju lelaki itu.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan