PILIHANKU

TAJAAN

15 Ogos 2010

MATI TERTEMBAK SESAMA SENDIRI...?

Mati tertembak akibat disangka monyet

BINTULU 14 Ogos - Keghairahan dua orang lelaki yang mempunyai hubungan persaudaraan memburu monyet liar bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka terkena tembakan di Tubau dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan Wan Laga, 39, mati di tempat kejadian setelah terkena sebutir peluru senapang patah yang dilepaskan abang iparnya, Kamaran Baling, 55, di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Sulaiman Abdul Razak berkata, kejadian berlaku ketika Kamaran dan adik iparnya itu sedang memburu monyet liar yang banyak berkeliaran di kawasan belukar di belakang Rumah Mabong.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan