PILIHANKU

TAJAAN

15 Ogos 2010

TRAGEDI AMUK DI TELUK INTAN...?

Amuk sahur

ANGGOTA polis mengangkat Najihah Natri yang cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan setelah ditetak bapanya di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, semalam. – MINGGUAN / AINSAFRE BIDIN


TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua orang anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.
Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.
Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua orang anak perempuan pasangan tersebut.
Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/8/2010

1 ulasan:

  1. mungkin zaman muda ader makan benda haram ni....

    BalasPadam