PILIHANKU

TAJAAN

14 Ogos 2010

PENIAGA CENDOL MAUT DI BAZAR RAMADAN...?

Bazar Ramadan dilanda ribut, dua peniaga maut


Keadaan bazar Ramadan di Stadium Jasin, Melaka berselerak selepas dipukul ribut semalam.

JASIN – Dua orang bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak.
Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan.
Selain dua orang mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 orang lagi cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 orang peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.
“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 14/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan