Foto daripada ww.yahoo.com
4 maut kejadian tembakan di restoran
15/08/2010 3:25am
NEW YORK 15 Ogos - Satu kejadian tembak-menembak berlaku di sebuah restoran di Buffalo, New York awal pagi semalam menyebabkan empat orang maut.
Menurut jurucakap polis cawangan Buffalo, Michael DeGeorce, kejadian tersebut berlaku setelah satu pertengkaran di dalam sebuah restoran di sini dan berlarutan sehingga kejadian berbalas-balas tembakan berlaku.
“Lapan orang terkena tembakan, manakala empat daripadanya maut, masing-masing dua lelaki dan dua wanita,” katanya kepada AFP. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan