11 terbunuh tentera, pengedar dadah bertempur di Mexico
20/06/2010 2:39am
REYNOSA 20 Jun - Sebelas orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara tentera Mexico dengan pengedar dadah di negeri Tamaulipas dekat sempadan Amerika Syarikat (AS), kata kementerian pertahanan.
Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang hendap peronda tentera di bandar Miguel Aleman berhampiran sempadan Mexico-AS.
Dalam kejadian itu, tiga orang anggota tentera dan lapan orang penyerang terbunuh, kata wakil kementerian tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam kelmarin.
Dalam satu lagi kejadian berbalas-balas tembak dekat bandar Reynosa juga di sempadan AS, seorang penyerang terbunuh, tambah kenyataan itu.
Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut suspek dalam serangan lewat malam kelmarin itu dari kumpulan mana, tetapi kerajaan mendakwa keganasan di Tamaulipas melibatkan pertelingkahan antara Gulf kartel dan bekas unit tentera elit sekutu Los Zetas yang belot. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan