PILIHANKU

TAJAAN

01 Julai 2010

KUIH AKOK: Tokleh nok lupo...?

Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Terdapat 2 jenis kuih akok iaitu biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah hulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara pengadunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan kuih akok itu sedap ataupun tidak. Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan juga warna 'koko' atau 'coklat'.

Kuih akok ini sangat popular di Kelantan. Para pembuat akok di Kelantan ini asalnya terdiri dari mereka yang berasal dari Pattani atau kawasan sekitar yang sememangnya mempunyai persaudaraan dengan penduduk Kelantan. Rahsia resepi akok ini ialah berkait dengan sifat kedekut atau tidak pembuatnya. Sebabnya bagi menghasilkan akok yang sedap sudah tentunya memerlukan penggunaan telur yang banyak. Oleh itu jika pembuatnya kedekut maka tentu menggunakan telur ayam yang sedikit. Ini akan menghasilkan rasa akok akan tawar dan tak enak serta banyak tepung. Kuih akok ini sudah menjadi kuih tradisi masyarakat Kelantan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan