PILIHANKU

TAJAAN

19 Julai 2010

KETUPAT DAUN PALAS...?

KETUPAT DAUN PALAS
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Dalam kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betinaKetupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Resipi

[sunting]Bahan-bahan

  1. 1 gantang beras pulut
  2. 4 biji kelapa atau 3 kilogram santan pekat
  3. Daun palas secukupnya yang dianyam menjadi bentuk tiga segi.

[sunting]Cara penyediaan

Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk. Kemudian pulut bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas yang telah dianyam (lebih mudah), atau bolehlah dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama-sama gula 'nisan', rendang atau serunding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan