PILIHANKU

TAJAAN

16 Julai 2010

SULTAN MELAKA...?

Kereta Mewah Guna Nama Sultan Melaka Dirampas
SERDANG, 15 Julai (Bernama) -- Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce (RC) bernilai RM2.85 juta yang menggunakan lambang nama "Sultan Melaka" sewaktu majlis perasmian bangunan oleh sebuah syarikat pelaburan tempatan di Bandar Puteri, Puchong, di sini hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata hasil siasatan mendapati kenderaan mewah yang tertulis "D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah" itu disewa daripada sebuah kedai jual kereta terpakai dengan menggunakan nama Sultan Melaka supaya mampu menarik kepercayaan pelabur asing.

"Kami juga menahan tiga orang lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang mendakwa pemandu dan penganjur majlis itu untuk siasatan lanjut. Setelah diperiksa, seorang daripada mereka positif dadah jenis ketamin," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abd Razak berkata polis akan mendapatkan keterangan daripada Raja Noor Jan Shah, yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka, sama ada beliau mengetahui namanya digunakan oleh syarikat pelaburan berkenaan.
Sumber: BERNAMA, 16/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan