PILIHANKU

TAJAAN

16 Julai 2010

BMW 5 SIRI TERJUNAM KE LAUT...?

Peguam Maut Kereta Terjunam Ke Laut
PULAU PINANG, 15 Julai (Bernama) -- Seorang peguam maut apabila kenderaan jenis BMW 5 siri berwarna putih yang dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Teluk Tempoyak, Batu Maung, di sini hari ini.

Mangsa, Anuar Sulaiman, 37, maut dipercayai akibat lemas kerana terperangkap di dalam kereta yang terjunam ke dalam laut itu.

Pegawai Turus Traffik negeri, ASP Ahmad Ezzely Razali berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Teluk Tempoyak menghala ke Bayan Lepas dan telah berpatah semula untuk mengambil telefon bimbit yang dipercayai tertinggal di rumahnya.

"Kereta yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh dan berbukit lalu merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut," katanya kepada pemberita, di sini, hari Khamis.
Sumber: BERNAMA, 15/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan