PILIHANKU

TAJAAN

12 Julai 2010

TAHUKAH ANDA....?

UNITED KINGDOM (UK)
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan EnglandScotlandWales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atauBritain merujuk kepada gabungan EnglandWales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.
UK terletak di timur laut benua Eropah dan dikelilingi Laut Utara, Selat Inggeris dan Lautan Atlantik. Selain empat kawasan utama UK, terdapat beberapa buah pulau atau kawasan di luar negara seperti Pulau-pulau Selat (Channel Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Hebrides, Shetland Isles yang dikira sebagai Wilayah Tanggungan Mahkota. Pulau-pulau ini tidak termasuk dalam United Kingdom, tetapi United Kingdom bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar pulau-pulau ini. United Kingdom juga mempunyai 14 Wilayah Luar Negeri yang mempunyai status hampir sama seperti Wilayah Tanggungan Mahkota.
Empayar British pernah menjadi kuasa imperialis yang berpengaruh dalam hal ehwal dunia. Pada abad ke-20, wilayah Empayar British menjadi lebih kecil akibat dekolonisasi yang pesat. Walau bagaimanapun, United Kingdom masih merupakan kuasa yang berpengaruh dalam ekonomi, politik, dan ketenteraan dunia. United Kingdom mempunyai senjata nuklear, merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBBG8Kesatuan Eropah dan Negara-negara Komanwel.
RINGKASAN TENTANG UNITED KINGDOM
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland
Bendera United Kingdom
Cogan kataDieu et mon droit (B. Perancis)
(Tuhan dan Hak Saya)
LaguGod Save the Queen
Lokasi United Kingdom
Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)
London
Bahasa rasmiBahasa Inggeris (de facto)
KerajaanRaja (Monarki)Berperlembagaan
 - RatuElizabeth II
 - Perdana MenteriDavid Cameron
Penubuhan
 - Akta Penyatuan1 Mei 1707 
 - Perjanjian Inggeris-Ireland12 April 1922 
Kemasukan EU1 Januari 1973
 - Air (%)1.34
Penduduk
 - Anggaran 200560,209,500 (22)
 - Banci 200158,789,194 
KDNK (PPP)Anggaran 2006
 - Jumlah$2.006 trilion (ke-5)
 - Per kapita$38,624 (ke-13)
HDI (2006)0.940 (tinggi) (ke-18)
Mata wangPaun Sterling (£) (GBP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan