PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

BERITA BERGAMBAR UTUSAN...?


ANTARA lapan orang warga Thailand yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran ditahan polis cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Negeri di sebuah rumah di Taman Bukit Kelisa, Seremban. 5 Ogos 2010. - Utusan/ABD. RAZAK AID
AHLI Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (dua kiri) bersama para peguamnya, Firoz Hussein (kiri), Syed Faisal Abdullah (kanan) dan Datuk Mohd Hafizam Haron meraikan kegembiraan selepas kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor April lalu disahkan oleh Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur, 5 Ogos. - Utusan/MOHD NOOR AMIN
PARA pegawai penguat kuasa Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri bersama-sama pegawai Royalti Industri Muzik (RIM) memeriksa video cakera padat (VCD) cetak rompak yang digunakan di sebuah pusat karaoke, di Tampin, Negeri Sembilan, 5 Ogos. - Utusan/ABD RAZAK AID
PUTERI Nurariani Saiful Yazan 'bemesra' dengan sebahagian ular ketika membuat persembahan pada Pameran dan Pertunjukan Ular di Muzium Negeri, Kota Bharu, Kelantan. 5 Ogoso 2010. - Utusan/ZULHANIFA SIDEK

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan