PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

GURU BUNTING MAUT DALAM KEMALANGAN...?

Guru sarat mengandung maut kemalangan

05/08/2010 6:52pm


SEGAMAT - Dua orang guru wanita, seorang daripadanya sarat mengandung terbunuh selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta Kia Spectra di KM202.6, Jalan Segamat-Gemas dekat Batu Anam, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kemalangan pada kira-kira pukul 7 pagi itu menyebabkan Cheng Lee Sei, 31, yang sedang mengandung lapan bulan dan rakannya, Lee Pei Ling, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Yang cedera pula ialah seorang lagi guru yang turut menaiki Perodua Viva itu, Sia Yoke Peng, 27, dan pemandu Kia Spectra berkenaan, Em Kai Doon, 25,” katanya kepada pemberita di sini.
Sumber: Kosmo! Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan