PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

KOREA ADAKAN LATIHAN ANTIKAPAL SELAM...?

Seoul anjur latihan kapal selam terbesar

Anggota tentera laut Korea Selatan mengangkat bot-bot getah semasa menyertai latihan di pulau Baengnyeong, dekat sempadan Korea Utara, semalam. - AP

SEOUL 5 Ogos - Korea Selatan hari ini melancarkan latihan antikapal selam terbesar dalam sejarah negara ini, termasuk tembakan peluru hidup dekat sempadan maritimnya dengan Korea Utara, tanpa menghiraukan ugutan Pyongyang untuk bertindak balas.
Seoul memberi amaran kepada Korea Utara bahawa ia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang provokasi sepanjang latihan lima hari di Laut Kuning.
Latihan perang itu dilancarkan sebagai reaksi terhadap serangan torpedo Korea Utara ke atas kapal perang Korea Selatan, Cheonan sehingga karam menyebabkan 46 orang kelasi terkorban pada Mac lalu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan