PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

LELAKI ACHEH DIPENJARA 8 TAHUN....?

Kanabis: Lelaki Aceh dipenjara, disebat

19/08/2010 1:33pm

SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai runcit dari Aceh, Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 207 gram, April lepas.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memerintahkan tertuduh, Yusri Muhammad Syah, 33, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 27 April lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Runcit Badek Maju Enterprise, Lot 2790, Bukit Naga, Seksyen 32 di sini, kira-kira pukul 4 petang pada 27 April.
Sumber: Kosmo! Online, 19/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan