Polis sedang ronda cedera kemalangan
15/08/2010 3:01pm
IPOH - Seorang anggota polis cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Gopeng-Kampar semalam.
Konstabel Fairuz Siron, 23, yang cedera parah di kepala dan di kaki kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan berlaku semasa Fairuz bersama-sama seorang lagi rakannya yang turut menunggang sebuah motosikal sedang membuat rondaan pencegahan jenayah pada kira-kira pukul 3 pagi.
Sumber: Kosmo! Online, 15/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan