PILIHANKU

TAJAAN

13 Julai 2010

MATI DIGILIS LORI PASIR....?

Pelajar kolej kemahiran mati digilis lori pasir

13/07/2010 3:22pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar wanita sebuah kolej kemahiran terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah lori pasir di Jalan Bukit Payong-Rawai, Marang, di sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Norhayati Isa, 25, dari Kampung Pantai Ali dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan setelah digilis oleh lori berkenaan.
"Siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Norhayati terjatuh di tengah jalan setelah bergesel dengan sebuah kenderaan lain dan pada masa yang sama sebuah lori berisi pasir datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa,” katanya. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 13/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan