PILIHANKU

TAJAAN

13 Julai 2010

TRAGEDI LUBUK YU...?

Lubuk Yu: Seorang masih kritikal

KUANTAN 12 Julai - Lima orang mangsa yang yang dipercayai terkena jangkitan kuman di Lubuk Yu, Maran baru-baru ini dilaporkan stabil manakala seorang lagi mangsa masih kritikal dan kini dirawat di Hospital Selayang, Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pihaknya tidak menerima laporan kes terbaru berkaitan jangkitan penyakit itu.
"Saya difahamkan lima orang yang terdedah itu stabil dan masih dirawat di hospital kecuali satu kes yang melibatkan seorang mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang," katanya ketika dihubungi semalam.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan antara faktor utama penyebaran kuman berbahaya di sekitar kawasan perkelahan itu disebabkan pencemaran fizikal dan kekotoran.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan