PILIHANKU

TAJAAN

20 Ogos 2010

BANGLA MATI DITETAK...?

Pengawal warga Bangladesh mati ditetak

19/08/2010 6:59pm

BINTULU - Seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh mati ditetak oleh dua orang perompak yang cuba memecah masuk sebuah gudang di tapak Projek Hidroelektrik Murum di dalam daerah Belaga, kira-kira 250 kilometer dari sini.
Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau yang mengesahkan kejadian itu hari ini berkata, insiden itu berlaku kira-kira 11 malam Selasa lepas dan mangsa dikenal pasti sebagai Sulfigar Ali Khan, 50.
Berdasarkan laporan yang dibuat, beliau berkata, Sulfigar sedang melakukan tugas rondaan bersama-sama seorang lagi pengawal keselamatan apabila dua orang lelaki masing-masing bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dari hutan berhampiran gudang itu dan menyerang mereka.
Sumber: Kosmo! Online, 20/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan