PILIHANKU

TAJAAN

20 Ogos 2010

MOTOSIKAL LAWAN LORI: SEORANG REMAJA MAUT...?

Remaja maut motosikal bertembung lori

19/08/2010 8:24pm

GUA MUSANG - Seorang remaja maut manakala rakannya parah apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Rancangan Tanah Felda Ciku Satu, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt. Saiful Bahri Abdullah berkata, remaja yang maut ialah penunggang motosikal dikenali Che Mohamad Firdaus Che Ismail, 17, manakala rakannya dikenali Mohd Nasharudin Azmi, 14.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu kedua-dua orang remaja tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Rancangan Tanah Felda Perasu sebelum terbabas dan bertembung dengan lori yang membawa ais, katanya.
"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai dan dilaporkan tenat,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 20/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan