PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

LELAKI MENGAMUK BUNUH 3 KANAK-KANAK...?

BEIJING: Seorang lelaki berparang mengamuk di sebuah tadika di timur China, semalam, membunuh tiga kanak-kanak.
Walaupun kejadian itu tidak dilaporkan pihak media, tetapi seorang penduduk mengesahkan insiden itu. 

Seorang jururawat di unit kecemasan sebuah hospital di Zibo di wilayah Shandong turut mengesahkan serangan berkenaan walaupun diarah tidak menghebahkannya. 

Penyerang, Fang Jiantang, 26, dikatakan ditahan sejurus selepas kejadian dan mengaku melakukan pembunuhan itu. 

Ketiga-tiga orang kanak-kanak itu dilapor mati di tempat kejadian sementara tiga yang lain dan empat guru cedera, dua daripadanya parah. 

Kejadian itu adalah serangan terbaru yang berlaku di sekolah di seluruh China selepas lima kejadian serupa berlaku sebelum ini. - AP

Sumber: my Metro, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan