PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

PDRM KURANGKAN KOMPAUN SAMAN EKOR...?

PDRM cadang kompaun saman ekor mampu bayar

05/08/2010 8:44pm

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan dalam kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, bagaimanapun, setiap kadar saman bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
"Saya telah kemukakan cadangan di peringkat tertinggi agar saman yang dikeluarkan selepas ini mampu dibayar oleh pesalah trafik.
"Kemungkinan saman itu akan dikurangkan, namun ia bergantung kepada jenis kesalahan trafik. Perkara ini juga masih di peringkat kajian dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM 2010 di Bukit Aman di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan