PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

LEMAS KETIKA PONTENG...?

Pelajar lemas ketika ponteng sekolah


MOHD. SHAHRUL FITRI (kanan) menunjukkan lokasi Mohd. Fahmi lemas 
di Tasik Cempaka, Bangi semalam.

BANDAR BARU BANGI – Tindakan seorang pelajar ponteng sekolah agama sesi petang untuk pergi memancing bersama tiga lagi rakannya mengundang padah apabila dia ditemui lemas dalam Tasik Cempaka di Bandar Baru Bangi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang itu, Mohd. Fahmi Jefri, 12, dipercayai tergelincir ke dalam tasik berkenaan bersama tiga lagi rakannya.
Dia gagal menyelamatkan diri kerana dipercayai tidak tahu berenang.
Tiga lagi rakannya yang terselamat ialah Mohd. Shahrul Fitri Zurin, Haziq Izidin Anizam dan Fikri Abdul Rahman. Kesemua mereka berusia 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam di sini.
Sumber: Kosmo! Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan