Edar dadah: Dua peniaga ke tali gantung
06/08/2010 12:09pm
SHAH ALAM – Seorang penjual sayur dan seorang penjual ikan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah mengedar 3,000 biji pil khayal ekstasi seberat 248.4 gram dan 88.6 gram ketamin tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa Tong Chong Men, 48, dan Cheah Choon Heng, 39, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sumber: Kosmo! Online, 6/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan