PILIHANKU

TAJAAN

12 Julai 2010

KAPAL BANTUAN LIBYA DIHALANG MEMASUKI GAZA...?

Ypeled.JPG

Israel halang kapal bantuan Libya

BAITULMAQDIS 11 Julai - Rejim Zionis Israel hari ini memberi amaran akan menghalang sebuah kapal bantuan dari Libya daripada memasuki Genting Gaza.
Menteri kanan Israel, Yossi Peled berkata, pihaknya akan menanggung akibat yang buruk jika membenarkan mana-mana kapal bantuan memasuki Gaza tanpa diperiksa terlebih dahulu.
"Israel tidak akan membenarkan kapal berkenaan memasuki Gaza," katanya sehari selepas kapal bantuan berkenaan berlepas dari pelabuhan Lavrio di selatan Athens, Greece.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pula berkata, cubaan untuk memasuki Gaza, kawasan yang dikenakan sekatan oleh rejim Zionis itu merupakan satu provokasi sia-sia.
Destinasi sebenar kapal bantuan berkenaan masih mengelirukan apabila Kementerian Luar Greece memberi jaminan bahawa ia akan berlayar ke pelabuhan di El-Arish.
Bagaimanapun, penganjurnya, Yayasan Ghadafi yang diketuai Seif al-Islam Ghadafi yang merupakan anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Ghadafi berkata, kapal bantuan yang membawa lebih 2,000 tan barang bantuan bersama krew kapal terdiri daripada enam warga Libya, seorang warga Maghribi, Nigeria dan Algeria itu akan meneruskan perjalanan ke Gaza.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan