PILIHANKU

TAJAAN

12 Julai 2010

BUNUH BAYI BERUSIA 4 HARI: WARGA INDON DITAHAN...?

Mayat bayi berusia empat hari ditemui dalam semak

12/07/2010 8:07pm


JOHOR BAHARU 12 Julai - Seorang bayi lelaki berusia empat hari ditemui mati dalam semak di Jalan Camar 15, Taman Perling, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata, bayi itu ditemui dalam beg plastik oleh pihak polis hasil maklumat orang awam pada pukul 3.15 petang.
"Berikutan kejadian itu, polis kini menahan dua orang wanita warga asing yang dipercayai salah seorang daripadanya merupakan ibu bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Kedua-dua orang wanita berumur 22 dan 27 tahun itu, katanya, ditahan di sebuah rumah kira-kira 50 meter dari tempat mayat bayi tersebut ditemui.
Ruslan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan