PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

3 BERADIK MAUT DALAM KEMALANGAN DI JENGKA...?

Tiga beradik terbunuh kereta bertembung

Kemalangan maut antara kereta Kancil dan BMW di laluan Bandar Jengka - Kampung Awah berhampiran Felda Jengka 14, Maran, Pahang yang mengorbankan empat orang, semalam.





KUANTAN 5 Ogos - Tiga beradik dan seorang rakan mereka terbunuh selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan mewah jenis BMW di Kilometer 47.5, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa, Fatin Atikah Muhamed Faizal, 16, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka (HJ) manakala dua adiknya, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi rakan mereka yang berada di tempat duduk belakang kereta Perodua Kancil, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/8/2010

8 ulasan:

  1. Sila betulkan kembali tulisan anda, bukan kenderaan mewah jenis BMW, tp kenderaan jenis BMW sahaja, tu BMW lama la..

    BalasPadam
  2. ya.. BMW tu dah buruk.. cuma telah dibaik pulih aje..

    BalasPadam
  3. jangan over sangat bila menulis,pembaca boleh lihat pada gambar..bmw lama tu..tak mewah lg dahh..

    BalasPadam
  4. agak2 la kalo nk kata kereta tu mewah...baik kereta kancil tu lagi lawa...

    BalasPadam
  5. yang meninggal,tetap meniggal takkan pasal ap jenis kenderaan nak gaduh,simpati je la

    BalasPadam
  6. salam takziah buat keluarga mangsa...

    BalasPadam
  7. apa-apa pun terima kasih bbnyak pd penulis sbb tlh melaporkn berita tersebut..terima kasih..

    BalasPadam
  8. terima kasih juga..

    BalasPadam